,

Tips Menggoreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup

10:44 PM

Assalamualaikum

Wa..kejap je dah hari Jumaat. Bagi yang beragama Islam, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa pada hari Jumaat kerana terdapat satu masa didalam Hari Jumaat doa sangat mustajab.

Insyaallah hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak menggoreng ikan keli supaya tak meletup

Anak-anak saya sangat sukakan ikan keli.Setiap minggu mesti kena masak ikan keli. Sama ada goreng atau masak cabai ..makan pulak dengan nasi panas -panas berasap.perhhhhhhh sedap..

Dulu-dulu ikan keli harga dia dalam RM3.00 seilo.kemudian naik RM3.50. dan sekarang harga mencecah ke RM7.50 sekilo. Ikan keli di Bagan Serai masih lagi murah. Di market Taiping masih lagi ada yang menawarkan ikan keli pada harga RM5.50 sekilo. Lupa pulak nama pakcik yang selalu saya beli ikan keli tu..

Masalah ikan keli ni.. bab nak siang tu selesai sebab biasanya kalau beli beli pakcik yang jual tu akan siang siap-siap. Kene mencuci lendir yang memang ada pada ikan keli.Kalau ada lendir nanti masa  nak menggoreng tu memang meletup-letup sebab Ikan ni Raja Letup.

Pengedar Shaklee ipoh 012-4698356
Ikan Keli Kegemaran Ramai


Pengalaman sendiri dah jenuh kene letup dek ikan keli. Cepat-cepat sapu Herbal Blend dan Vitamin E. Pedih jangan cakap.. memang pedih . Alhamdulillah lepas sapu herbal Blend tu tak berparut.. Tapi makan masa jugak dalam seminggu nak tinggal kesan. Letup-letup ikan keli ni jangan main-main. Menyembor kome wehhhh..

Saya kongsikan tips pengalaman saya dan perkongsian teman-teman terdekat


Tips Mencuci Ikan Keli


Ada banyak tips mencuci, anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.


1. Menggunakan Daun Serai


Ia akan menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada badan keli. Antara faktor letupan yang kuat adalah masih terdapat baki lendir pada badan keli

2. Menggunakan Tepung Gandum


Masukkan sedikit tepung gandum untuk membuang hanyir dan lendir

3.Menggunakan Asam Keping/ Asam gelugur


Kalau basuh guna asam gelugur ni. Ikan memang jadi bersih. bau

 bau hanyir dan lendir pun hilang.


Tips Menggoreng


1. Masukkan tepung gandum dalam campuran garam kunyit sebelum menggoreng. 

2.Masukkan asam gelugur dalam minyak panas sebelum menggoreng

3. Ini tips paling selamat, tutup kuali menggunakan tudung periuk . kalau dia meletup pun kat dalam itu sahaja.

4.Sewaktu membalikkan ikan, pastikan api diselaraskan kepada kepada api yang lebih kecil. Lepas dah balikkan ikan, tutup balik kuali dan kembalikan api kepada api biasa untuk menggoreng. Sewaktu menggoreng api jangan terlalu perlahan. nanti minyak akan meresap masuk kedalam isi ikan. 

6. Ada yang masukkan kulit bawang didalam kuali sewaktu menggoreng. Tips yang ini saya masih belum cuba lagi.


Jika anda selalu menggoreng ikan keli, boleh menggunakan tips diatas. Semoga bermanfaat buat anda . Jika ada tips lain yang membantu, jangan segan untuk kongsikan bersama saya.

Sehingga bertemu dilain masa

Salam Sayang 

Wahidah Azizan
012-4698356
ig: wahidahazizan

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts