, , ,

Cara Mudah Atasi Sembelit Sewaktu Mengandung dan Berpantang

9:45 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Entry kali ini adalah khusus untuk golongan wanita terutamanya yang mengalami masalah sembelit.
Masalah sembelit ketika hamil dan selepas bersalin bukan asing lagi. Malah menjadi mimpi ngeri kepada ibu-ibu termasuk saya sendiri.

Apa itu Sembelit


Sembelit adalah kesukaran untuk.membuang air besar. Biasanya masalah ini terjadi apabila seseorang membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu.


Pengedar Shaklee Ipoh
Masalah Sembelit Sering Dialami Oleh Ibu-ibu Terutama Selepas Bersalin


Antara Punca Berlaku Sembelit


Faktor Pemakanan


Makan banyak tetapi kurang mengambil makanan yang mengandungi fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan fiber dan serat.


Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Malaysia Adalah Syurga Makanan



Air Yang Tidak Mencukupi

Tidak mengambil kuantiti air yang mencukupi. Sepatutnya kuantiti air perlu diambil sedikit-sedikit tetapi kerap memandangkan sistem perjalanan darah memerlukan air.

Pengabaian Isyarat Membuang Air Besar

Sewaktu menghadiri kelas nutrisi Shaklee, antara maklumat yang disalurkan kepada peserta ialah, sewaktu kita menerim isyarat untuk membuang air besar, sepatutnya tanpa tangguhan terus menguruskan proses pembuangan. Ini kerana, sewaktu isyarat diterima, ini bermakna, badan telah bersedia untuk proses pembuangan dan terdapat air yang banyak di situ untuk memudahkan proses pembuangan air besar.


Kisah Takut Untuk Ke Tandas

Sewaktu berpantangkan anak sulung, saya mengalami sembelit yang teruk . Walaupun telah dibekalkan dengan ubat dari pihak hospital.

Ketakutan berlaku apabila sukar untuk membuang dan ketakutan yang utama ialah menjaga jahitan selepas bersalin. Ya, sembelit selepas bersalin lebih menakutkan dari proses bersalin itu sendiri.

Walaupun hampir 1 jam didalam tandas, proses pembuangan air besar masih tidak berlaku. Ini amat memberi tekanan. Sehingga mak saya berkali-kali memanggil saya risau kerana terlalu lama berada didalam tandas.

Bayangkan, untuk duduk pun masih takut-takut akan jahitan tertetas atau sebagainya ini kan pula berhadapan dengan masalah sembelit yang teruk ini. Saya yakin, ramai ibu-ibu diluar sana mengalami masalah yang sama.

Kalau sebelum ini saya mendengar sahaja pengalaman dari senior-senior tentang masalah ini dan kali ini saya sendiri menghadapinya dan ia adalah perkara yang menakutkan untuk dikenang sepanjang hidup.

Jom kita lihat pengalaman ibu ini 



Mimpi Ngeri Tiada Lagi 


Alhamdulillah , sejak saya mengamalkan beberapa vitamin , dengan air yang mencukupi, Sembeli saya kurang, saya juga turut mengesyorkan vitamin ini  kepada yang lain dan Alhamdulillah mereka turut lega akibat tiada lagi sembelit

Antara Vitamin yang diamalkan ialah 


Magnasium dalam Ostematrix membantu memberi kelegaan kepada otot perut . Memberi kestabilan pada dinding kolon dengan membantu melonggarkan otot didalam usus mengekalkan air dan seterusnya melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan air besar .

Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuhan dan herba yang turut berperanan membantu dalam proses memudahkan pembuangan air besar. Silikon Magnasium yang menyokong dalam memudahkan proses ini. Alfalfa Sangat baik untuk patologi perubahan didalam perut. Didalam Alfalfa terkandung juga fiber dan vitamin K

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan 

Heblax (tidak sesuai untuk ibu hamil)

Julap lembut semulajadi yang diambil dua kali seminggu. Selain memudahkan pembuangan air besar, Heblax membantu mencuci saluran usus kita yang kaya dengan pelbagai kotoran dan toksik.

Heblax tidak boleh diambil hari-hari kerana untuk mengelakkan "Lazy Colon" iaitu kebergantungan kepada ubat-ubatan untuk membuang air besar.


Jika anda tak mahu lagi berada dalam mimpi ngeri masalah sembelit, tolonglah, berbuat sesuatu..


Masalah sembelit ini boleh diatasi, mengapa kita mesti menyeksa diri sedangkan ada jalan keluar dalam menangani perkara ini. Sembelit yang teruk boleh mengakibatkan buasir

Jika mahu ketakutan terus menyelubungi anda.. Jangan berbuat apa-apa.


Pengedar Shaklee Ipoh 0124698356
Ibu Sihat Keluarga Bahagia



Mari ambil langkah bijak untuk hidup bahagia tanpa sembelit. Saya mendoakan anda sihat dan bebas dari masalah sembelit terutama ibu-ibu yang sedang dalam hamil atau dalam berpantang.

Kalau sembelit, Jangan lupa cari saya. Sama-sama kita ikhtiar. Insyaallah.

Sehingga bertemu dilain kali


Wahidah Azizan
0124698356
nurwandah@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Arkib Blog

Hubungi Al-Fateh

Popular Posts